THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 23 Februari 2011

QIYAMULLAIL DAN TAHAJJUD

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari[1525], kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.” Surah Al-Muzammil (73): Ayat 1-9

Nota: [1525] Sembahyang malam ini mula-mula wajib, sebelum turun ayat ke 20 dalam surat ini. Setelah turunnya ayat ke 20 ini hukumnya menjadi sunat.Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali sebagai shalatulail. Solat ini kerap kali dilakukan terutama oleh para pemimpin Islam Zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat dikatakan juga, mereka tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Dalam al-Quran juga terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga beberapa hadis Nabi s.a.w yang turut menegaskan kebaikan mengerjakan solat tahajud ini.

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat antaranya Dr. Ray Meddis; seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology di mana beliau mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian – tidur ayam dan tidur lena. Manakala tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lena yang mana mengikut kajian saintis Barat ialah memadai selama tiga jam sahaja. Biasanya kita sering sahaja berasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Hal ini adalah kerana kita tidak mempunyai pengetahuan dan mengetahui peraturan yang perlu diikuti ketika ingin tidur. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

Rasulullah s.a.w telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap beserta dengan doa-doanya sekali dimana ditafsirkan bahawa latihan untuk tidur malam adalah seperti :

. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika makan malam diambil dengan kuantiti yang banyak, ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan seterusnya menyebabkan kita susah bangun dari tidur dan sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.

. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w.
. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.


Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti bagi menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Bagi mereka yang sering bangun tidur melompat dari tidurnya (terkejut) boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China; Dr. Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning. Al-Quran turut menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurangnya tidur malam.

Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.” Maksudnya “Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah s.w.t itu mendatangkan kebaikan. Antara kelebihan solat tahajud adalah:

. Meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup.

. Dari segi sains perubatan pula, kita akan dapat menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari selain menggerakkan otot-otot di dalam badan bagi menyegarkan badan dan melicinkan gerak aliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi.

. Membebaskan seseorang dari kanser. Hal ini dibuktikan melalui penelitian ilmiah. Penelitinya dosen Fakultas Tarbiyah IAIN Sunan Ampel Surabaya, Mohammad Sholeh, dalam usahanya meraih gelar doktor. Sholeh melakukan penelitian terhadap para siswa SMU Lukmanul Hakim Pondok Pesantren Hidayatullah Surabaya yang secara rutin memang menunaikan shalat tahajjud.

. Mendatangkan ketenangan yang mampu meningkatkan ketahanan tubuh imunologik, mengurangi risiko terkena penyakit jantung dan meningkatkan usia harapan hidup.
. Solat tahajjud mengandung aspek meditasi dan relaksasi sehingga dapat digunakan sebagai coping mechanism atau pengurang tekanan yang akan meningkatkan ketahanan tubuh seseorang secara natural. Namun pada saat yang sama, solat tahajjud pun boleh mendatangkan tekanan, terutama bila tidak dilaksanakan secara ikhlas dan berterusan. Jika tidak dilaksanakan dengan ikhlas, bakal terjadi kegagalan dalam menjaga homeostasis atau daya adaptasi terhadap perubahan pola irama pertumbuhan sel yang normal, tetapi jika dijalankan dengan ikhlas dan kontinyu akan sebaliknya.


Dengan begitu, keikhlasan dalam menjalankan shalat tahajjud menjadi sangat penting.“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” Surah Al-Isra’ (79) Ayat 79

0 komentar: